Sejak kehadiran dirimu, telah kutemukan cahaya yang mampu menerangi duniaku... Duniaku yang sebelum ini gelap gelita dan malap kini telah kau sinari dengan cahaya cintaku...
Sayang,
Kehadiranmu telah menyelamatkan aku daripada tenggelam ke dalam lautan kegelapan yang tiada penghujungnya...
Sayang,
Kehadiranmu juga bagaikan bidadari yang turun ke permukaan bumi dengan wajah yang berseri-seri...
Cintamu telah membawa keamanan kepada hatiku yang telah lama dahagakan cahaya cinta... Terima kasih sayang, kerana telah menyelamatkan daku dari terkurung ke dalam kehidupan yang penuh dengan penderitaan, kegelapan dan penyeksaan...
Sekali lagi aku ucapkan, TERIMA KASIH dan aku amat mencintai dirimu...