Doaku untukmu, wahai kekasihku

Sayang,

Ketahuilah bahawa kekasihmu ini sentiasa mendoakanmu... Bukan sahaja berdoa untuk keselamatanmu, tetapi juga demi kebahagiaan kita bersama...

Sayang,

Andainya kau bahagia, aku x kan pernah berhenti mendoakan kebahagiaanmu... Andainya kau berduka, aku akan sentiasa berada di sini untukmu dan berdoa agar kau bahagia sentiasa...

Sayang,

Andainya kau keraguan dan berasa risau tentang kebersamaan kita, ketahuilah bahawa aku sentiasa berdoa supaya kita kekal bersama selamanya...

Sayang,

Ingatlah, di mana sahaja kau berada, ke mana sahaja kau pergi, aku sentiasa berdoa untuk kebahagiaan, keselamatan dan kebersamaan kita agar berkekalan selamanya...

Ketahuilah sayang bahawa doaku buatmu adalah untuk kebahagiaan kita bersama, dan ingatlah, seandainya ada rintangan yang perlu dihadapi, kita akan sama-sama menghadapinya dengan kekuatan yang ada...

I LOVE YOU SAYANG... :)